Hantarkan Permohonan Anda Sekarang!

Kami Mengalu-alukan Anda Untuk Menjadi Sebahagian Dari Keluarga Kami

Tugas-tugas Am Affiliate / Ejen

Kami menyediakan group sokongan ejen bagi membantu anda meningkatkan jualan dan menjawab sebarang persoalan yang timbul. Bahan pemasaran juga disediakan secara percuma (bahan digital) dan berbayar (bahan bercetak).

  • Melakukan Jualan

    Affiliate / Ejen hendaklah melakukan jualan secara aktif menggunakan pelbagai platform seperti di media sosial, secara offline dan online. Memperkenalkan dan memberi penjelasan mengenai pakej secara terperinci dari segi harga, Itinerary, terma & syarat serta info lain yang berkaitan kepada pelanggan.

  • Mendaftarkan Pelanggan

    Affiliate / Ejen perlu membantu dalam proses pendaftaran pelanggan terutamanya bagi pakej Umrah di dalam Sistem Operasi Syarikat. Mengisi borang pendaftaran manual dan menyerahkannya ke HQ atau cawangan. Melakukan simpanan Invois serta merekod data pelanggan untuk tujuan pembayaran komisen.

  • Pembayaran Pelanggan

    Affiliate / Ejen perlu membantu dalam memastikan pelanggan melakukan pembayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya pelanggan membayar kepada Affiliate / Ejen, wajib untuk menyerahkannya kepada HQ dalam tempoh masa 24 jam.

  • Pengurusan Dokumentasi

    Affiliate / Ejen juga perlu memberi penerangan kepada pelanggan mengenai senarai dokumen yang diperlukan. Memastikan pelanggan menghantar semua dokumen yang lengkap ke HQ atau cawangan terdekat dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

  • Khidmat Pelanggan

    Affiliate / Ejen membantu dalam memastikan setiap info terkini sampai ke pengetahuan pelanggan dan membantu menjawab setiap pertanyaan melalui pelbagai platform seperti Group WhatsApp, email dan sebagainya. Mendapatkan testimonial dan feedback pelanggan bagi tujuan pemasaran dan penambahbaikan berterusan.

  • Hadir Taklimat / Bengkel Pemasaran

    Setiap Affiliate / Ejen juga dikehendaki mendengar taklimat & hadir ke bengkel pemasaran yang dianjurkan oleh syarikat bagi mendapatkan info terkini dan juga untuk tujuan peningkatan kemahiran Affiliate / Ejen.

Proses Pendaftaran Affiliate / Ejen

Image

Terma & Syarat Affiliate / Ejen

Sila baca dengan teliti

  • Affiliate / Ejen perlu melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti spamming atau apa-apa teknik pemasaran yang dianggap tidak beretika serta melanggar undang-undang yang telah diperuntukkan.

  • Affiliate / Ejen tidak boleh menggunakan atau menghasilkan sebarang bahan promosi sendiri yang menggunakan nama atau logo syarikat tanpa kelulusan syarikat.

  • Affiliate / Ejen juga perlu bertanggungjawab ke atas semua urusan pelanggan yang telah daftarkan di bawahnya termasuk menyimpan salinan resit pembayaran dan salinan invois untuk tujuan permohonan pembayaran komisen.

  • Affiliate / Ejen tidak boleh menerima apa-apa bayaran secara tunai mahupun online/bank-in dari mana-mana pelanggan tanpa mendapat kebenaran dari pihak syarikat.

  • Rank Ejen dan ke atas tidak dibenarkan menjadi pegawai pemasaran atau ejen syarikat lain selain dari MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd semasa dalam lantikkan.

  • Affiliate / Ejen dilarang mendedahkan sebarang maklumat sulit, harta intelek, data peribadi (PDPA) pelanggan dan syarikat kepada sesiapa tanpa kebenaran.

  • Affiliate / Ejen juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelanggan mereka terutamanya memaklumkan tentang status pembayaran, status penerbangan, proses pengambilan bagasi dan kursus umrah yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

  • Affiliate / Ejen perlu membantu pelanggan bermula dari proses pendaftaran keluar negara sehingga mereka pulang ke Malaysia. Ini termasuk proses pemakluman tentang dokumen dan status bayaran kepada pelanggan tersebut.

  • Penghantaran passport dan segala dokumen berkaitan perlu diserahkan dan sampai di Pejabat HQ atau Cawangan dalam tempoh masa 60 hari atau selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

  • Affiliate / Ejen akan menerima bayaran komisen sebagai insentif dengan kaedah yang telah ditetapkan.

  • Affiliate / Ejen bertanggungjawab membuat tuntutan mengikut kaedah yang telah diperuntukkan selepas pelanggan mereka terbang.

  • Pembayaran komisen kepada Affiliate/ Ejen akan dibuat terus ke akaun bank yang didaftarkan selepas permohonan disemak & disahkan Syarikat.

  • Affiliate / Ejen tidak dibenarkan membuka akaun media sosial yang menyerupai akaun media sosial rasmi syarikat MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd atau apa-apa platform yang boleh mengelirukan pihak pelanggan.

Borang Pendaftaran Online
Affiliate / Ejen

Affiliate / Ejen akan menerima nombor ID serta access ke Sistem Pengurusan Jualan. Hantarkan butiran anda & pegawai kami akan menghubungi anda selepas pendaftaran ini diterima.

Call Us or WhatsApp

+60 19 277 0089

Search